Saturday, October 1, 2011

Kiblat : Ke Mana Arahnya?




Di mana arah kiblat rumah kami ini? Saya nak bersolat ni..mana pula plak arah kiblat? Ni..mungkin sebahagian soalan-soalan yang biasa bermain dalam masyarakar kita. Mengadap arah kiblat merupakan asas & syarat dalam beberapa ibadah seperti solat dan pengkebumian jenazah. Manakala sunat pula dalam beberapa ibadah seperti bacaan al-Quran, zikir, berdoa dan mengambil wudu'. Pendek kata perkataan kiblat adalah kalimah yang tidak asing lagi dalam masyarakat Islam. Ia seumpama durian yang pasti dikenali oleh sesiapa pun dikalangan rayat Malaysia. Jika orang Malaysia tidak tahu apa itu durian, maka kita bolehlah tanyakan padanya “Adakah anda benar-benar seorang rakyat Malaysia’. Maka seorang muslim yang tidak tahu langsung tentang kiblat, maka saya juga rasakan kita boleh tanyakan padanya, ‘Adakah anda benar-benar muslim’.

Sedar atau tidak definasi kiblat hinggalah kaedah pengukuran arah kiblat yang berkembang dari zaman ke zaman, sebenarnya menjadi satu kayu ukur mercu peradaban dan kecanggihan teknologi umat Islam dari dulu hingga sekarang. Ia satu perkara yang sangat unik, kerana kiblat merupakan asas ibadah yang memaksa umat memahami konsep geografi dan pengiraan sudut sfera bumi. Seseorang tidak dapat menetapkan arah kiblat sebelum mengetahui di mana dia berada, berbanding dengan kedudukan makkah. Contohnya jika dia berada di Malaysia bermakna dia berada di sebelah Timur Makkah, maka kiblatnya menghadap ke seblah Barat. Jika dia berada di Afrika pula, dia berada di sebelah barat Makkah, maka arah kiblatnya menghadap ke arah Timur. Seperti seseorang yang berada di dalam hutan yang tiada jalan atau penanda arah, dia perlu tahu kedudukannya sebelum menentukkan arah tujunya agar dapat bergerak menuju destinasinya.

Astrolab, saku pedoman (kompas), rubu mujayyab hinggalah GPS hari ini adalah beberapa alat ukur kiblat yang digunakan hari ini. Ini juga sepatutnya memaksa umat menekuni perkembangan teknologi hari ini agar kerja ukur kiblat lebih berkesan, tepat, mudah. Bagi masyarakat awam, permasalahan penentuan arah kiblat sepatutnya tidak menjadi masalah pada hari.Tidak timbul masalah ‘saya tak tahulah ustaz arah kiblat ke mana arahnya’ atau ‘kita ngadap je la mana-mana arah, kira-kira itu kiblat la..sekarang ni dhurarat.’

Kompas sebagai contoh, sebuah peralatan mudah & murah sepatutnya menjadi satu alat kemestian bagi sesiapa yang mahu bermusafir. Dengan harga semurah RM 10.00, sampai beribu ringgit, ia sepatutnya menjadi seperti jam & telefon yang sudah menjadi kemestian di tangan & saku setiap kita hari ini. Menentukan arah kiblat berdasarkan kompas perlu melihat kepada jenis kompas yang biasa kita kenal sebagai kompas kiblat dan kompas biasa (prisma).

Kompas Kiblat


Bagi mereka yang mempunyai kompas ini, kaedah penggunaannya dengan perlu dirujuk kepada manual yang biasa disertakan. Biasanya nilai bacaan kiblat berdasarkan nilai arah utara yang telah ditunjukkan oleh jarum bertanda merah. Contohnya nilai utara bagi Ipoh ialah 85. Halakan jarum bertanda merah hingga selari dengan nilai 85. Ini bererti jarum itu menghala ke arah utara. Maka ketika itu kompas sudah tersedia menunjukkan ke arah kiblat.







Kompas Biasa (Prisma)


Bagi kegunaan kompas biasa, nilai kiblat merujuk kepada nilai azimut. Azimut ialah satu nilai bacaan sudut dari utara mengikut arah jam. Nilai azimut utara ialah 0/360, Timur ialah 90, Selatan ialah 180 & Barat ialah 270. Contohnya nilai azimut kiblat bagi Ipoh ialah 291. Letakkan kompas di tempat yang rata, pusingkan kompas agar penandanya menunjkkkan ke arah 291, maka anda sudah menghala ke arah kiblat. Nilai azimut berbeza-beza mengikut lokasi kita berada, namun secara kasarnya bagi kita berada di Malaysia azimut kiblatnya ialah dalam lingkungan 290-293 darjah. Namun kebanyakkannya antara 291-292 darjah. Anda boleh merujuk beberapa laman web yang telah pun memberikan panduan azimut kiblat seperti http://www.qiblalocator.com/.

Petua..

Saya biasanya menguji setiap kompas yang telah saya beli dengan mengukurnya di tempat yang saya sudah sahkan arah kiblatnya. Contohnya di rumah, surau atau masjid yang saya sudah betul-betul pasti arah kiblatnya. Saya ukur arah kiblat tersebut, jika tepat maka kompas itu sudah terbukti boleh digunakan. Jika bacaannya salah, maka mungkin kaedah pengukuran silap atau kompas itu sudah rosak.

Kompas ini juga mudah dipengaruhi oleh tarikan magnetik. Jadi jika hendak menggunakan kompas ini di dalam bangunan yang memang penuh dengan besi, lebih baik diukur arah kiblat diluar bangunan, sebelum diukur semula di dalam bangunan. Ataupun boleh diukur 2-3 tempat di dalam sebuah bangunan, jika bacaannya sama maka tarikan magnetnya rendah dan begitulah sebaliknya.

Tahniah dan Terima Kasih ......

Sebenarnya inilah sebahagian secebis pengalaman dan ilmu yang telah saya kongsi bersama peserta di Kursus Falak Syarie anjuran Jabatan Mufti Sarawak, JAKIM Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Bintulu 29-30 Syawal 1432H. Tahniah kepada semua urusetia khusus Kepada S.S Mufti Tn Hj Kipli, Ust. Razali ( walau tidak dapat ikut serta kerana kursus ), Ust. Fauzi dan sahabat dari Pej. Mufti, Ust. Saiful Azhar dan pemandunya dari JAKIM Sarawak ( terima kasih kerana menjadi ‘pemandu pelancong’), sahabat-sahabat dari Pelabuhan dan seterusnya kepada peserta-peserta yang telah memberikan respon dan perkongsian sepanjang 2 slot sesi ceramah tempoh.




Terima kasih juga pada Masjid Bahagian Bintulu yang sedia menerima kunjungan saya dalam berkongsi cerita-cerita tentang ‘Falak & Kehidupan’. Semestinya juga terima kasih kepada pembeli-pembeli buku ‘Muzakirah Ilmu Falak’ yang telah memberikan saya semangat untuk terus menulis lagi..Insya Allah.

Jumpa lagi..ilal liqa..fi amanillah..wassalam.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget